Hari ini disaat rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke 52,saya dan adik beradik yang lain terus mengingati genapnya 10 tahun pemergian abah kami Almarhum Haji Mohd Zulkifly bin Abdul Samad. Saya tidak boleh lupa lagi, saat abah pergi saya tiada disisi abah kerana menghadiri perkahwinan adik suami iaitu Zamri bin Hussain dan Sohaili bt Mansor. Abah pergi pukul 5 pagi sebelum subuh dengan sakit kanser hati yang abah tanggung selama 1 tahun.
Abah agak menajdi sakitnya dalam tempoh 2 bulan dan yang paling tidak dapat saya lupakan apabila abah terpaksa diberi morfin sebagai ubat terakhir untuk abah menahan sakit.
Bayangkanlah apabila morfin kita berikan, kesannya kita dapat lihat apabila abah mula meracau-racau seolah-olah 'drug' tersebut telah membuat dia ketagih. Aduh pilunya saya adik beradik melihat keadaan abah ketika itu. Emak pada masa itu hanya berserah kepada Allah dan memohon supaya sakit abah tidak berpanjangan.
Genap 31 Ogos 1999, abah pergi pada umur nya 66 tahun. Pada sesiapa yang membaca post saya ini, marilah kita muhasabah diri kita dalam bulan yang penuh dengan barakah ini, bilakah kita pula akan ditarik nyawa. Semoga kita semua pergi dalam keadaan beriman. Sudilah apa kiranya, kawan-kawan mensedekahkan bacaan fatihah kepada Almarhum bapa kesayangan saya... semoga Allah mengangkat semua siksa kubur dan melapangkan kubur abah.Al-Fatihah..
Labels
aisyah husna
(5)
anti aging program
(2)
articles
(2)
artis
(1)
beloved hubby
(2)
birthday party
(4)
blogging tips
(2)
blogspot
(1)
care new skin
(3)
cuti-cuti malaysia
(1)
Diari Cik Sembang
(7)
face book expert
(2)
family matter
(19)
fasha sandha bertudung
(1)
funny video
(1)
hacking
(1)
hiburan
(3)
Hilton Kuala Lumpur
(1)
Holiday Event
(1)
holy ramadhan
(6)
islamic activities
(8)
issues
(2)
kek puding jeli
(1)
kemerdekaan
(1)
KGV Seremban
(1)
Malay College Kuala Kangsar
(5)
MPS
(1)
personal
(9)
Petua
(2)
PMR 2009
(1)
rendang daging
(1)
resipi masakan
(7)
self development
(1)
seremban
(6)
Sosial Keluarga
(2)
speed adsense
(1)
sweeping malaysia
(1)
tadarrus quran
(1)
Tips
(2)
tutorial blog
(1)
uitm pahang
(1)
va
(1)
No comments:
Post a Comment