Tuesday, August 25, 2009

Dugaan di Bulan Ramadhan 2009

Ya Allah, besarnya dugaan Mu kepada kami sekeluarga di awal Ramadhan ini. Saya, suami dan Aisyah Husna serentak demam yang tak boleh bangun sehingga nak mengambil wuduk pun amat payah sekali. Sayang benar saya nak buka puasa kerana memikirkan ada yang wajib untuk dibuka nanti. Dua orang doctor yang berlainan kami jumpa dan selepas 2 hari baru kami boleh bangun. Tak pernah kami rasa demam sebegini hebat, kadang-kadang terfikir oleh saya, sakit itu penghapus dosa, moga-moga dosa-dosa kami di hapuskan.. Amin
Bangun je kami dari demam, Farhan dan Aqil demam yang juga hebat.Farhan yang dikenali begitu robust, menitiskan airmata dek tak tertahan sakitnya badannya menanggung demam.Tak keruan saya dan suami mengejarkan ke Senawang Specialist Centre dan meminta doktor membuat h1n1 test. Sampel diambil dari tekak rupanya, kami ingatkan dari darah.Lemahnya ilmu saya kebelakangan ini tak dapat menonton tv dan membaca paper.
Hari ini, baru kedua-duanya dapat bangun dan tidak berpuasa selama 2 hari. Sedihnya saya lihat anak-anak saya terbaring seperti orang sakit amat. Virus apa yang menyerang kami , wallahua'lam.
Alhamdulillah kami terima panggilan dari hospital, result h1n1 negatif bagi Farhan dan Aqil.
Syukur pada Allah. Semoga dugaan yang kurasakan besar ini tetapi saya percaya amat kecil dengan lain-lain dugaan Allah dapat menambahkan keimanan kami sekeluarga di dalam bulan Ramadhan ini. Berdebar rasanya menunggu Ramadhan 2010 insyaAllah. Doa kawan-kawan ku pohon supaya kami sekeluarga sihat untuk meneruskan apa-apa amalan di dalam bulan yang bertuah ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails