Sabtu lepas ciksembang dan adik beradik buat gathering kat Port Dickson.. ni acara tahunan kitaorg.. tapi kalau tahun depan kitaorg pegi PD lagi.. rasanya sampai sana je semua orang akan MUNTAH-MUNTAH..
Pelik kan.. kenapa MUNTAH?
Sebab semua orang dah muak jelak gi PD
Anyway kitaorg happy sangat.. ini je cara nak eratkan silaturahim kami adik beradik yatim piatu ni..
Sebagai kenangan, ciksembang abadikan gambar-gambar kat sini
cuti sekolah baru mula tak ramai orang kat PD .. so kitaorg "punyakan PD"
Pali, Sudin,Ike, Ikhwan,Farhan & Ihsan.. bincang2
masa ni jugaklah student Unisel paksa anak2 join program derang..Beach Day Out 2009
Aimi & Aqil buat coloring
ni posing maut!!!!!
Labels
aisyah husna
(5)
anti aging program
(2)
articles
(2)
artis
(1)
beloved hubby
(2)
birthday party
(4)
blogging tips
(2)
blogspot
(1)
care new skin
(3)
cuti-cuti malaysia
(1)
Diari Cik Sembang
(7)
face book expert
(2)
family matter
(19)
fasha sandha bertudung
(1)
funny video
(1)
hacking
(1)
hiburan
(3)
Hilton Kuala Lumpur
(1)
Holiday Event
(1)
holy ramadhan
(6)
islamic activities
(8)
issues
(2)
kek puding jeli
(1)
kemerdekaan
(1)
KGV Seremban
(1)
Malay College Kuala Kangsar
(5)
MPS
(1)
personal
(9)
Petua
(2)
PMR 2009
(1)
rendang daging
(1)
resipi masakan
(7)
self development
(1)
seremban
(6)
Sosial Keluarga
(2)
speed adsense
(1)
sweeping malaysia
(1)
tadarrus quran
(1)
Tips
(2)
tutorial blog
(1)
uitm pahang
(1)
va
(1)
Wednesday, November 25, 2009
Tuesday, November 24, 2009
Timakasih Timakasih Silent Reader
Sunday, November 22, 2009
Tutorial Buat Blog Guna Blogspot
Ada Permintaan dari kawan-kawan baru ciksembang kat facebook
Cuba lah ni ye
1. Pergi ke url ini :http://www.blogger.com
Masukkan email yang dah wujud kalau boleh yang sama dengan facebook utk tujuan akandatang
2. Masukkan maklumat seperti skrin dibawah
3. Kemudian,anda perlu menamakan blog anda.
PENTING!Namakan blog anda dengan betul kerana nama blog tidak boleh ditukar pd masa akan datang. Gunalah nama yang mesra pengguna atau belasah je lah
4. Last but not least,pilih template anda mengikut theme.Jangan terlalu plain dan jangan terlalu fancy supaya sng menarik traffic.
.
Anda boleh menulis artikel spt life anda,komedi,video,etc.ciksembang tidak mencadangkan anda untuk meulis artikel ttg gossip,selebriti atau politik.
Pendek kata,anda hanya perlu tekan NEXT,NEXT and NEXT!
Klik Sini juga utk maklumat tambahan: Tips Buat Blog
Emel ciksembang kat dzaidzul@gmail.com utk dapatkan dalam format yg lebih komprehensif ..
tak yah segan2 sebab sebenarnya ramai yang tak tahu buat blog lagi..
Be The First For Free ! Setiap orang WAJIB ada blog!
Selamat Mencuba!

Tuesday, November 17, 2009
Petua Bisul Cepat Meletup
Petua ni ciksembang tau dah lama tapi baru ni teringat nak kongsi dengan kawan2 baru dan kawan-kawan lama
Ambik kapur makan tu.
Kalau dah keras tambahlah airpanas;
Lepas tu buat GARISAN BULATAN di kawasan bisul tu.
Tujuan nya biar bisul cepat masak; Dan cepat baik.
Sebabnya : kapur tu panas, so bisul cepat masak..
macam uol letak api la.. Petua ini dah banyak kali ciksembang praktik pada anak-anak dan diri sendiri.. Yang tak larat, bisul ni suka kena kat tempat SENSITIF gitu.. arghhhh
Sunday, November 15, 2009
Anakku Pandai Berpantun
Rasa macam comel je suara Husna bila berpantun...
Kesalahan yang Husna buat.. memPAKAI sari .. puas ajar
Susahnya nak sebut BATU PAHAT..
sayanggggggggggg sweeetiee mama
Kesalahan yang Husna buat.. memPAKAI sari .. puas ajar
Susahnya nak sebut BATU PAHAT..
sayanggggggggggg sweeetiee mama
Wednesday, November 11, 2009
Sekolah Lama Aidil Zakuan dan Zafuan Adha
Khabarnya sebelum Piala Malaysia aritu, Aqil cerita yang player N9 pergi Sekolah Kebangsaan Rahang, (semua anak ciksembang sekolah sini) Seremban jumpa dengan cikgu-cikgu kat situ..
dari cerita derang.. Aidil Zafuan dan Zakuan Adha sekolah kat situ dan memnag baik dengan Cikgu Mustafa..
Ciksembang suka dengan sifat-sifat begini yang tak pernah lupa ambil keberkatan dari bekas guru-guru.. Satu sikap yang kita harus ambil contoh..
p/s Aidil ni sebenarnya satu kariah dengan ciksembang.. biasa jumpa mak dia kat surau.. Rita je belum pernah terserempak.. teringin gak tengok inperson
DIM SUM OF THE DAY
La La la la So sweeeettt , 2nd time hubby ajak gi pekena Dim Sum kat Klana Seremban.. (mana lah ada tempat lagi kat Semban ni) . Sebenarnya nak lari dari anak2 tu yg gi lunch time kalau dinner memang tak merasa lah.. semua nak mengekor..sori Ike, Aan , Atil and Husna.
Tujuan tak lain tak bukan celebrate besday ciksembang yang ke 41..9 NOV . Tak pe tak yah rahsia2 umur ni .. sebab ciksembang tak kisah dengan nombor umur ni yang penting , menteNNNNN
Dim Sum memang favorite ciksembang especially .. sharkfin soup tu memang tempted abis..
Spesel gak kali ni.. hubby booking the whole Chinese Restaurant.. so weol berdua gitu.. DIULANGI berdua SAHAJA ..adusss romantis nya .. ish banyak kali dapat romantis tahun ni..
Tak caya gak lagi.. tengok ni weol dua orang je..
Meriah birthday ciksembang tahun ni .. tak tau kenapa.. ramainye wish.. tak menang tangan nak respon.. mana kat SMS .. kat FB tok sah cite.. kat rumah..
Timakasih hubby kerana begitu menghargai aku.. huhuhu.. timakasih jugak pada uol yang percaya dengan karut ciksembang kali ni..
Sunday, November 8, 2009
TIPS/ PETUA - ANAK MENDENGAR KATA MAK BAPAK
Saja nak kongsi lagi ilmu ciksembang ni
Pernah dulu ciksembang bebual dengan Ustazah dari DaruSsyifa' Bangi
Ringkas je Ustazah tu pesan
Kita nak anak kita dengar kata.. jangan bagi orang gaji kita yang masak nasik
Ibu-Ibu , Mama-Mama , Umi-Umi, Mummy-Mummy Sekalian
Pesan Ustazah lagi..
Sambil basuh beras tu mulakan
Bismillah
Bacalah SURAH TOHA AYAT 1 - 5
InsyaAllah , Yakinlah dan menjadi!!
InsyaAllah , Yakinlah dan menjadi!!
CUCI MATA
Gayat jugak lah ciksembang pergi Hospital swasta ni ..
Tengok alat CUCI MATA ni betul2
Masuk tandas pun gayat.. tak penah gak jumpa alat ni.. spesel rasa.. inovatif..
utk ciksembang kongsi ilmu ni.. bese lah ciksembang memang bukan HJ BAKHIL pasal ilmu.. pasal duit je ciksembang tak Bakhil .. hehe konpius korang baca
STROK ,RAHIM, MENINGITIS, BAHU PATAH
Sabtu, ciksembang khasnya sehari untuk buat keje ziarah menziarahi.. jangan salah sangka.. ni bukan ZIARAH raya puasa atau raya haji..
Yelah tak kan asik nak duk depan laptop je .. facebook, blogging, chatting..
Ziarah pakcik sedara yang kena strok kat Hospital Tampin.. masih tak mampu nak bercakap.. sedih amat tengok..
Dah 1 jam kat sana, ciksembang anak beranak ke Hospital Pantai Melaka.. ziarah “BESAN” ciksembang kat BLIK 208..
Sejak bila pulak aku ni berbesan.. yelah.. nasib yatim piatu.. mentua adik2 ciksembang , terpaksalah dianggap “BESAN”.. “BESAN” ciksembang buat operation rahim.. sedih amat sebagai sorang pompuan
HAZIQ -terbaring nampak macam sihat tapi siyesss
yang baju putih lari dari camera - pemilik ala-mak.com
Yang paling lama ciksembang lepak kat BILIK 328 .. bilik anak sedara ciksembang Haziq baru abis PMR.
Kat sini lagi sedih.. malas je ciksembang nak buat post ni dengan genre sedih..
Haziq dijangkiti kuman kat OTAK .. MENINGITIS nama saintifik.. kena ambik air tulang belakang utk match kan antibiotik.. tak tau lak kos untuk benda2 ni amatlah mahal.. telan PULUH RIBU jugak..
Symptom jadi macam ni Haziq kabur mata..jadi JULING. Nampak orang jadi double triple.. demam panas
Balik dari Pantai Hospital ziarah sepupu mak, CIK TOM .. yang accident patah bahu dan tangan.. sedih jugak .Suami CIK TOM adalah pakcik sedara yang kena strok kat Hospital Tampin kat atas tadi tu..DUGAAN suka datang serentak
Doa takkan putus untuk kalian semua.
Thursday, November 5, 2009
Barang Peninggalan Mak
MC MC yang berlalu, ciksembang menghabiskan masa dengan mengemas rumah, mengemas wardrobe, mengemas buku-buku dan mengemas dan mengemas.
Sayu nye hati bila terjumpa barang-barang mak. Satu satu ciksembang belek.. mula-mula ubat-ubat mak
pastu handbag mak .. mak cukup jaga handbag ni ciksembang souveniorkan mak masa ciksembang gi US dulu
pastu lagi buku nota mak belajar mengaji .. mak meninggal masa belajar ngaji.Terimakasih ALLAH.
ternampak pulak cermin mata mak... teringat pasal ciksembang paksa mak buat cermin mata kat Focus Point Semban.. mak tak berkenan sebenarnya tapi ciksembang berkeras gak..
Mak sebenarnya nak buat kat Tampin.. mak memang taksub dengan Tampin.. maklumlah itulah pekan mak dari dulu dulu. Masa tu ciksembang pikirkan diri sendiri je.. bilalak aku nak travel semban tampin ni.. dah tempah nak gi ambik pulak
Akhirnya mak ikut cakap ciksembang.. mak mak mak ampunkan orang(bahasa diri) mak Bila dah siap cermin mata tu, ciksembang bawak mak gi ambik dan test kat Cina tokeh Focus Point tu.. macam okay mak kata
tapi mak tetap tak suka jugak pakai
ciksembang paksa jugak mak.. ciksembang kata .. mula-mula cermin mata baru memang cenggitu mak
Mak ikut jugak cakap ciksembang.... Sudahnya mak tak tahan dengan cermin mata tu.. mak nak jugak tempah kat Tampin
Cik Sembang akur dengan mak.. mujur ciksembang tak bantah.. tak lama rupanya mak sempat pakai cermin mata tuh.. mak pergi jua setelah 10 hari mak sakit...
Mak , orang rindu sangat kat mak... Tuhanku, kau tempatkan ibuku di tempat orang yang beriman.Angkatkan azab kubur ibu dan bapa ku Ya Allah

Wednesday, November 4, 2009
Saya Ni Professional
Semalam ciksembang pergi ke Klinik Kesihatan kat Rasah.Kenapa ciksembang kesana tak lain tak bukan nak amik MC.
Tak berani nak amik MC private sebab tahun ni dah byk MC beb.. (jgn fikir bukan2.. sakit mata yg 1st dulu)
Setelah mintak member amikkan no..(ramainye member aku ni) ciksembang senang je dapat jumpa doktor.. sabar je dgn doktor ni.. ciksembang mintak MC direct 4 hari.. dia kata dia boleh bagi 2 hari je.. nanti datang lagi... adoiiiii camane nk tingkatkan produktiviti macam gini
Husband ciksembang pun cuba2 lah kata.. kalau doktor-doktor yg sakit mata macam mana..
dengarkan ini jawapan nye.. SAYA NI PROFESSIONAL.. kalau nak MC , doktor pakar je bagi MC itu pun 2 hari gak... boleh sabar ke dengar cenggitu...
menyirap gak darah.. tapi sabar sebab dia sedang menulis MC tu.. dalam hati .. aku pung professional gak.. cuma aku tak minat je jadi doktor ni.. kalau aku nak jadi dulu lagi aku pilih bidang medic ni... hua hua hua hua..
korang pecaya ke statement ciksembang tu?
akhir sekali ciksembang pun keluar lah dari klinik doktor professional tu.. tak pelah ciksembang akur je dgn keputusan doktor tu..

Tuesday, November 3, 2009
A Little Concert Of My Little One
Husna kat changing room
Tinggi nye kawan husna ni..Yew Zi Yu nama nye
Sabtu lepas adalah hari yang paling ditunggu oleh gegirl mama.. Aisyah Husna..
dah naik sebulan practice utk konsert kindy nye Smart Reader Kids..kat Dewan Theatrette Wisma Negeri
Ciksembang pun teruja juga nak tengok sebab kalau suh Husna tunjukkan apa yg dia praktis ,kat weol .. dia tak nak tunjukkan apa show yg dia nak buat.. She said
"SECRET MAMA.. teacher says don't show to your parent.."
macam ni pun ada ke cikgu... k lah ciksembang sabar je
Husna dipilih untuk Tarian Melayu..Arena Rambong
antara lirik lagu yg catchy..
cik adik hitam manis
cik abang berkumis
samalah manisssssssssss
cik abang berkumis
samalah manisssssssssss
Ni lah teacher Husna.. ciksembang tabik kat Teacher Lim.. graduate Computer Science tapi sebab love children very much dia bukak kindy.. GREAT MISS LIM
Disclaimer BerBlog
Di pagi nan mulia ni ciksembang nak umumkan CUTI SAKIT sepanjang minggu ini.ciksembang belum jumpa doktor biasa ke doktor pakar ke tapi ciksembang optimis sekali akan dapat CUTI SAKIT percuma.
Dengan ini diisytiharkan oleh Majlis Raja Raja, ciksembang kena SAKIT MATA kali ke2 untuk tahun 2009.
Ini semua adalah dari Dadih with love , Farhan yang membawa virus dari Kolej..
Oleh itu segala aktibiti ber belog dan Ber FB ciksembang adalah tidak dilarang sama sekali sebab ciksembang bawa terus siaran langsung dari rumah. bukan menggunakan office hour ciksembang.
Harap maklum

Subscribe to:
Posts (Atom)