Showing posts with label islamic activities. Show all posts
Showing posts with label islamic activities. Show all posts

Wednesday, September 30, 2009

Gempabumi di Indonesia


CS dapat khabar berlaku gegaran di Malaysia sekitar KL, JB dan Terengganu akibat dari gempabumi kuat di Sumatra Barat 53km dari Padang atau 452km dari Melaka dengan kekuatan gegaran awal berskala 7.9 Richter pada pukul 6.16 petang.
Sama-sama kita doakan sahabat-sahabat kita diIndonesia, baik saudara mara, pelajar-pelajar Malaysia selamat dari bencana ini.Banyak sudah petunjuk dari Allah akhir-akhir ini.Kalau kita dengar Radio Ikim pagi lebih kurang 7.45 pagi, Ustaz bercakap mengenai tanda-tanda akhir kiamat sudah semakin hampir..

Di Medan ramai yang meninggalkan kediaman akibat takut bangunan dan rumah akan runth.YaAllah selamatkan saudara kami.Aminn


Saturday, September 19, 2009

Daging, daging, daging - Program Mantai Perdana Soromban



banyak nya daging


daging dilapah

Terjerit-jerit abang daging ni dalam video kat bawah(Skrol sikit)... rasanya ramai yang bukan orang NS tak tau apa makna mantai.Mantai tu sembelih daging lembu atau kerbau secara banyak.. Mantai Perdana ni dibuat di tapak Kem paroi Seremban.tapak kem ni memang multi guna.. kejap-kejap jadi track drift, kejap boleh jadi Tapak Pesta Pertanian..

CS ambil peluang ni.. kalau zaman budak-budak dulu arwah abah order kat orang.. senang pergi ambik je.. sekarang semua kena buat sendiri.. CS dan husband beli daging 5.5 kilo nak bawak balik KL rumah mentua..

CS letak jugak gambar daging dan abang daging ni utk korang feel Mantai ni dan feel raya yang dekat sangat dah.. Sambil tu CS ambil kesempatan mengucapkan Selamat hari Raya Aidil Fitri Wafal Idzin.. Maaf Zahir dan Batin..



ni lah abang daging ...jumpa lagi tahun depan , Selamat Hari Raya bang.. abang ni memang dia sendiri nak posing bila CS ambik gambar dia, sporting la beb

Thursday, September 17, 2009

Majlis Katam Quran Majlis Perbandaran Seremban



ni part paling best .. dapat cenderahati .. zamri sedang terima

yg berdiri tu: kak faridah idris,kak hamidah mohamad,salimi,CS,kak faridah mohamad,kak khairiyah,kak rusminah(chief tadarrus) kak nadzirah

yg baju kuning tu nama dia Hishamudin - macam nama menteri,pelapis imam, azuan dan en daud


senyum je akak berdua ni .. kak faridah mohamad otai HR dan kak faridah idris - senyum sokmo


ira nampak berisi sikit, abby senyuman yang manis, erliza , yusanizan kat belakang


abby senyum lagi main handphone sebelum katam, kak masda kenapa lelap lak?



Alhamdulillah akhirnya kami berjaya selesai katam Al-Quran 2 kali pusingan. Tahun 2009 ini adalah kali ke5 CS dan sahabat-sahabat bertadarrus. Terimakasih Dato' Abd Halim yang membenarkan kami menggunakan waktu pejabat 8 - 9 pagi untuk bertadarrus.

Antara sahabat-sahabat setia dalam tadarrus tiap-tiap tahun Kak Faridah Idris, Kak Faridah Mohammad, Kak Rusminah, Kak Khairiyah, Kak Masda dan sahabat baru dari Jabatan Kewangan Tengku Zainul Bazliah tak lupa juga Kak Faridah Zainuddin.

Seronok rasa dapat mengerjakan tadarrus ini tiap-tiap tahun .. ada jugak peristiwa-peristiwa kelakar.. kadang-kadang CS dan Kak Faridah Idris tersasul-sasul , tertukar huruf , terpanjanglah , terpendeklah.. maklumlah mengaji 1 jam agak lama juga, kering tekak tambah di bulan Ramadhan.

Jom layan gambar-gambar Majlis Tadarus kitaorg

Wednesday, September 2, 2009

Amal Jariah Kita -Peluang Waqaf



Ini ada stu peluang untuk kita buat amal jariah pada bulan Ramadhan ini.Kawan baik saya Pn Anizahaton Kamaludin, Pengarah Kewangan Majlis Perbandaran Seremban minta saya tolong panjangkan perkara ini. Jadi sesiapa berminat untuk buat perkara baik ini, jangan ditangguhkan , boleh hubungi mereka.

Penyertaan adalah pewakaf mewakafkan wang tunai melalui pembelian dan penebusan tanah yang dicadangkan berdasarkan keluasan yang dihajatkan.Sebagai contoh, 2 kaki persegi dengan harga RM100.00 bagi pihak dirinya atau orang lain termasuk yang telah meninggal dunia.

Boleh telefon 06-445 0419 atau 06-445 0363 .
Yayasan Sofa ini terletak di Rembau Negeri Sembilan

Monday, August 31, 2009

52 Tahun Merdeka, 10 Tahun Abah Pergi

Hari ini disaat rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke 52,saya dan adik beradik yang lain terus mengingati genapnya 10 tahun pemergian abah kami Almarhum Haji Mohd Zulkifly bin Abdul Samad. Saya tidak boleh lupa lagi, saat abah pergi saya tiada disisi abah kerana menghadiri perkahwinan adik suami iaitu Zamri bin Hussain dan Sohaili bt Mansor. Abah pergi pukul 5 pagi sebelum subuh dengan sakit kanser hati yang abah tanggung selama 1 tahun.

Abah agak menajdi sakitnya dalam tempoh 2 bulan dan yang paling tidak dapat saya lupakan apabila abah terpaksa diberi morfin sebagai ubat terakhir untuk abah menahan sakit.
Bayangkanlah apabila morfin kita berikan, kesannya kita dapat lihat apabila abah mula meracau-racau seolah-olah 'drug' tersebut telah membuat dia ketagih. Aduh pilunya saya adik beradik melihat keadaan abah ketika itu. Emak pada masa itu hanya berserah kepada Allah dan memohon supaya sakit abah tidak berpanjangan.

Genap 31 Ogos 1999, abah pergi pada umur nya 66 tahun. Pada sesiapa yang membaca post saya ini, marilah kita muhasabah diri kita dalam bulan yang penuh dengan barakah ini, bilakah kita pula akan ditarik nyawa. Semoga kita semua pergi dalam keadaan beriman. Sudilah apa kiranya, kawan-kawan mensedekahkan bacaan fatihah kepada Almarhum bapa kesayangan saya... semoga Allah mengangkat semua siksa kubur dan melapangkan kubur abah.Al-Fatihah..

Tuesday, August 25, 2009

Dugaan di Bulan Ramadhan 2009

Ya Allah, besarnya dugaan Mu kepada kami sekeluarga di awal Ramadhan ini. Saya, suami dan Aisyah Husna serentak demam yang tak boleh bangun sehingga nak mengambil wuduk pun amat payah sekali. Sayang benar saya nak buka puasa kerana memikirkan ada yang wajib untuk dibuka nanti. Dua orang doctor yang berlainan kami jumpa dan selepas 2 hari baru kami boleh bangun. Tak pernah kami rasa demam sebegini hebat, kadang-kadang terfikir oleh saya, sakit itu penghapus dosa, moga-moga dosa-dosa kami di hapuskan.. Amin
Bangun je kami dari demam, Farhan dan Aqil demam yang juga hebat.Farhan yang dikenali begitu robust, menitiskan airmata dek tak tertahan sakitnya badannya menanggung demam.Tak keruan saya dan suami mengejarkan ke Senawang Specialist Centre dan meminta doktor membuat h1n1 test. Sampel diambil dari tekak rupanya, kami ingatkan dari darah.Lemahnya ilmu saya kebelakangan ini tak dapat menonton tv dan membaca paper.
Hari ini, baru kedua-duanya dapat bangun dan tidak berpuasa selama 2 hari. Sedihnya saya lihat anak-anak saya terbaring seperti orang sakit amat. Virus apa yang menyerang kami , wallahua'lam.
Alhamdulillah kami terima panggilan dari hospital, result h1n1 negatif bagi Farhan dan Aqil.
Syukur pada Allah. Semoga dugaan yang kurasakan besar ini tetapi saya percaya amat kecil dengan lain-lain dugaan Allah dapat menambahkan keimanan kami sekeluarga di dalam bulan Ramadhan ini. Berdebar rasanya menunggu Ramadhan 2010 insyaAllah. Doa kawan-kawan ku pohon supaya kami sekeluarga sihat untuk meneruskan apa-apa amalan di dalam bulan yang bertuah ini.

Saturday, August 22, 2009

Our 1st Day of Ramadhan

Ramadhan this year, we started off with sausage and bread for sahur and sup tulang for buka puasa. I steamed bubur cacar for the dessert and appetizer I hope.But all of them including my husband like to eat rice.
With sup tulang, I added Garoupa "3 rasa" and vegetables. Not bad huh for our 1st day Ramadhan.
This Ramadhan, we the whole family hope to complete the tadarrus .Actually the tadarrus for the family is the first time. I joined tadarrus team at my office Majlis Perbandaran Seremban and this year is our 5th year.
Talking about my 3rd son Aqil, he likes to eat and eat.. always full with appetite.At times my say become true as he got a mole right on top of his stomach and quite big.I always said that he had a big stomach.. now the time has come.. hihihi..

Monday, August 17, 2009

Ramadhan Count Down

Salam Ramadhan for all muslims and my readers.. We hope that this coming Ramadhan is the best month and the best year for us to double up our 'iman' by the solat tarawih, tadarrus and many more...

We pray together that we can harvest all the pahala in this coming holy Ramadhan as we do not know whether next Ramadhan is still with us or not..

Happy Fasting and Happy Tarawih...tadarrus too..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails