Macam biasa puan-puan/cik-cik/abang-abang sekelian,
Bahan-bahan
* susu cair/susu pekat manis/susu Full Cream Dutch Lady
* 2 sd besar gula
* 1/2 paket tepung kastard (jenama Nona atau Lady's Choice)
* 1 liter air- utk dicampurkan dengan kastard
* ½ biji kek coklat gulung sederhana saiznya (swiss roll pun boleh) * 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya atau buah-buahan lain ikut suka
* 1 peket agar-agar jeli kristal Nona
Cara-cara Buat Puding
1. Campurkan susu pekat manis, gula kedalam 1 liter air tadi dan kacau
2. Kemudian campurkan kepada tepung kastard didalam bekas dan kacau rata sebelum diletakkan diatas api
3. Setelah rata panaskan atas api sederhana dan sentiasa kacau.
4. Pandang/perhati betul2 supaya puding tidak terlalu likat atau cair.
5. Adjust dengan tambah air masak sekiranya terlalu likat
6. Setelah masak tuangkan puding kedalam bekas
Cara-cara Buat Jeli
1. Panaskan 2 1/2 cawan air didalam bekas
2. Bila dah menggelegak baru masukkan serbuk jeli Nona tadi
3. Kacau seminit dua dan terus tuangkan keatas puding yang telah disusun dengan buahan tadi
Tadaaaaa dah siap ..senang kan.. cubalah.. kesian anak-anak nak makan





